Tuesday, June 24, 2008

Tiada Pemandu

Abu berasa gembira kerana berpeluang melancung ke London bersama datuknya. Mereka berada disana selama 2 minggu. Dalam waktu itu berbagai dan merata tempat telah mereka lawati.

Pelbagai pengalaman dilalui oleh atuk dan cucunya ini. Antara pengalaman yang tidak dilupakan ialah ketika menaiki bas 2 tingkat.

"Atuk! Atuk! Jomlah kita naik ke tingkat atas. Pemandangannya lebih menarik kalau kita berada di atas," pujuk Abu.

"Baiklah," jawab atuknya.

Bagaimanapun sewaktu menaiki tangga untuk naik ke tingkat atas, atuknya turun semula dengan wajah agak pucat.

Melihat keadaan itu Ajis bertanya," Kenapa atuk turun semula?

"Atuk tak naklah naik ke tingkat atas lagi sebab di tingkat atas tiada pemandu," kata atuknya sambil terketar ketar.

No comments: