Tuesday, June 24, 2008

Lawak tragis

Amir seorang lepasan Universiti luar negeri dan mengambil keputusan untuk tinggal di kampung dan mengusahakan penternakan lembu secara komersial. Setelah berjaya dengan ternakan lembunya maka diapun berhasrat untuk berkahwin dan menyerahkan segala hal pencarian kepada kedua orangtuanya.

Maka dicarikanlah orangtuanya untuk Amir seorang gadis kampung yang memang cantik dan penuh kelembutan sesuai dengan keinginan siAmir. Gadis ini pula tidaklah berpendidikan tinggi seperti Amir.

Suatu hari siAmir membawa isterinya ke ladang lembu miliknya itu. Tiba tiba terlihat dia sepasang lembu yang sedang 'mengawan'. Maka tersenyumlah Amir lalu memandang kepada isterinya lalu berkata "Abang teringinlah nak buat macam tu."

Jawab isterinya dengan jujur "Buatlah bang, kan semua lembu tu lembu abang" Huakakaka!!

No comments: