Sunday, August 3, 2008

Pontianak


Hai! Sweetie

Pada suatu malam 3 ekor pontianak sedang bertenggek di atas pokok sambil bergaduh tentang kehebatan masing-masing. Ketiga-tiga mengaku diri mereka hebat.

Untuk menentukan siapa paling hebat, mereka pun cuba membuktikan kehebatan masing-masing.

Pontianak A terbang dengan sepantas kilat. 15 saat kemudian baliksemula ke pokok tersebut. Kelihatan ada kesan-kesan darah di sekitar gigi Pontianak A.

Pontianak A : Kau orang nampak rumah tu?
Pontianak B : Nampak!
Pontianak C : Nampak!
Pontianak A : Satu rumah tu habis aku kerjakan.
Pontianak B pula terbang lebih pantas dari Pontianak A. 10 saat kemudian balik semula ke pokok tersebut. Kelihatan ada darah bukan setakat pada gigi, malah pada keseluruhan mulut pontianak tersebut.
Pontianak B : Kau orang nampak kampung tu?
Pontianak A : Nampak!
Pontianak C : Nampak!
Pontianak B : Habis satu kampung tu aku kerjakan.
Sejurus lepas itu Pontianak C pula terbang lebih pantas dariPontianak A dan B. Dalam masa 5 saat je dia kembali ke pokoktersebut. Kelihatan darah mengalir-ngalir bukan sahaja pada mulut, malah pada keseluruhan muka pontianak tersebut.
Pontianak C : Kau orang nampak tembok kat
hujung sana tu?
Pontianak A : Nampak!
Pontianak B : Nampak!
Pontianak C : Err... tadi aku tak nampak...



No comments: