Wednesday, December 31, 2008

Bunuh Syaitan




Suatu petang selepas pulang dari kuliah agama di surau si isteri menceritakan apa yang didengarnya dalam kuliah tersebut kepada suaminya.

'Abang, abang nak tau tak, ustaz kata bila suami dan isteri itu bersetubuh kan bang, dengan cara yang betul dan menjaga segala adab dan syarat yang betul maka pasangan tersebut akan mendapat pahala sama seperti membunuh 10 ekor atau beberapa ekor syaitan'.

Kata si suami 'yerr kerr?' Tak apa malam ni malam Jumaat, masa yang sesuai untuk kita bunuh syaitan syaitan tu, betul tak sayang? sambil tersenyum..

Si isteri hanya tersenyum panjang. Selang dua hari kemudian, si isteri berkata:

'Banggg, jom kita bunuh syaitan... bang'.
Si suami tersenyum panjang.

Selang dua hari kemudian,
si isteri berkata:
'banggg, jom kita bunuh syaitan... bang'.

Jawab si suami:
'takpe...tunggulah malam nanti'.

Esoknya si isteri berkata:
'banggg, jom kita bunuh syaitan...bang'.
Si suami diam sambil mengangguk lemah.

Esoknya si isteri berkata:
'banggg, jom kita bunuh syaitan... '.
Si suami tiba - tiba marah dan berkata ..........

'Sayang ni nak bunuh syaitan ke nak bunuh abang ni'